Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Matang ?

Matang adalah salah satu isu yang boleh menimbulkan ketegangan didalam satu-satu komuniti. Ini kerana dengan mempertikaikan kematangan seseorang kita seolah-olah mempertikaikan segala ilmu , pengalaman hidup yang dimiliki oleh individu tersebut dan dalam pada masa yang tertentu mempertikaikan kredibiliti seseorang dalam membuat keputusan.

Bagaimanakah kita mengukur kematangan seseorang ? Perlukah kita menilai kematangan seseorang?

Adakah wajar kita mengukur kematangan seseorang melalui cara beliau membawa diri dalam satu-satu komuniti ? Jawapannya , tidak. Ini kerana kita melihat seseorang itu melalui pandangan kita yang sempit berdasarkan penilaian kita sendiri. Kita perlu ingat , bukan semua yang dilakukan individu didalam komuniti mencerminkan dirinya yang sebenar. Kadang-kala tingkah laku ataupun keputusan adalah berdasarkan penyesuaian didalam komuniti tersebut. Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek.." Kita tidak boleh membawa perwatakan kita dirumah kedalam komuniti pekerjaan ataupun sebaliknya. Cara kita bergurau di pejabat , di rumah mahupun diwarung mamak ketika bersama-sama rakan sekerja diluar waktu pejabat mungkin berbeza. Masing-masing ada hak untuk membawa diri masing selagi tidak menganggu perjalanan hidup orang lain.

Kita juga tidak boleh melabelkan kebahagiaan hidup seseorang dengan tingkah lakunya yang ria , suka bergurau senda , tanpa kita sedari individu tersebut mempunyai tekanan hidup yang tidak dipaparkan setiap masa. Dengan cara menunjukkan wajah riang , bergurau senda , individu tersebut boleh melupakan seketika tekanan ataupun masalah yang dihadapi ketika berada didalam komuniti yang lain.

Siapakah yang memberi hak kepada individu untuk mempertikaikan kematangan orang lain ? Dengan mempertikaikan kematangan orang lain , individu tersebut secara tidak sedar menunjukkan bahawa dirinya sendiri tidak matang , dengan berasakan dirinya cukup sempurna untuk menilai orang lain dan juga tidak menjaga maruah individu yang dipertikaikan didalam komuniti.

Tuhan mencipta setiap manusia dimuka bumi dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing, tiada siapa yang sempurna. Hormati kelebihan dan terima kelemahan orang lain. Jangan kita terlalu suka menilai berdasarkan pengalaman hidup kita dan melupakan bahawa masing-masing juga ada pengalaman dalam menempuhi kehidupan.

Maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan rencana ini. Saya ini jauh dari sempurna malah penuh dengan keburukan. Saya tahu , saya suka menyakat orang disekeliling saya , yang mana bukanlah salah satu ciri asal diri saya yang sebenarnya. Saya pernah menjadi serius didalam hidup , dan hidup itu sangat membosankan dan penuh dengan kemarahan. Namun , saya tahu kadang-kala saya melampau batas lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada saya. Oleh itu , maafkan saya. Esok lusa jika kita tidak lagi ketemu , kenanglah mulut saya yang jahat ini.

Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu

Never gived up !

Minit 34 : Jaringan untuk Republik Czech oleh Jan Koller (Striker tinggi gile)
Rep. Czech (1) - Turki (0)
..
Minit 62 : Jaringan untuk Republik Czech oleh Jaroslav Plasil
Rep. Czech (2) - Turki (0)

Turki walaupun dah ketinggalan 2-0 , masih lagi tidak mengaku kalah , terus memberi tentangan yang hebat kepada Republik Czech. Republik Czech pula tidak berlembut hati dengan mewujudkan beberapa peluang untuk menambah jaringan. Bagi bahagian serangan Turki , nama Petr Cech sahaja sudah cukup menggerunkan.

Minit 75 : Jaringan untuk Turki oleh Arda Turan
Rep. Czech (2) - Turki (1)

Bermula dari gol pertama Turki , pemain dan penyokong Turki kembali bersemangat. Mereka terus memantapkan lagi serangan. Penyokong yang kebanyakkannya memakai pakaian bewarna merah tanda sokongan kepada Turki , mula berdiri dan bersorak.

Minit 87 : Jaringan untuk Turki oleh Nihat Kahveci
Rep. Czech (2) - Turki (2)

Gol penyamaan yang sama sekali tidak dinantikan oleh pemain Republik Czech , apatah lagi Petr Cech. Kegagalan Petr Cech menangkap kemas bola mahupun menolak ke kawasan selamat , memberikan bola muntah untuk Nihat Kahveci. Pemainan bertambah sengit dan kasar. Masa tambahan 4 minit menambahkan lagi gelora menambah jaringan buat kedua-dua pasukan.

Minit 89 : Jaringan untuk Turki oleh Nihat Kahveci
Rep. Czech (2) - Turki (3)

Satu jaringan cantik oleh Nihat Kahveci , menewaskan Petr Cech. Kekecewaan jelas terpapar pada setiap pemain Republik Czech. Pada satu ketika mereka meraikan kelebihan 2 jaringan berbalas 0 , namun dengan baki perlawanan 5 minit sahaja , gembira bertukar menjadi duka. Pemain Turki berharap masa berlalu dengan lebih pantas , manakala sebaliknya buat pemain Republik Czech. Drama didalam dan diluar padang semakin panas. Penjaga gol Turki , Volkan Demirel dilayangkan kad merah kerana mengasari penjaring pertama Republik Czech , Jan Koller. Milan Baros pula yang berada diluar padang , dikenakan kad kuning. Posisi Volkan Demirel diisi oleh Tuncay Sanli kerana tiada lagi penukaran untuk pasukan Turki. Namun debaran Tuncay Sanli tidak lama , kerana beberapa minit kemudian , wisel ditiup bermakna tamatnya pertarungan sengit , dan kemenangan dimiliki oleh Turki. Maaf Republik Czech , anda kurang bernasib baik kali ini. Maaf Petr Cech , kamu gagal untuk Chelsea , kamu gagal untuk Republik Czech. Namun kamu masih layak digelar antara penjaga gol terbaik dunia pada masa kini.

Pengajaran dari perlawanan dan come-back yang menarik ini adalah , walau apa pun yang kita lakukan , jangan berputus asa , walaupun bau-bau kegagalan sudah memedihkan hidung kita. Hidup ini bagai satu karangan , penuh dengan "?" , "!" , "," dan lain-lain yang boleh kita samakan dengan beberapa persinggahan sementara dalam hidup kita. Persoalan , pilihan yang mana tidak akan menamatkan karangan kita selagi tidak sampai ke noktah yang terakhir. Teruskan perjalanan , pandang ke hadapan. Berdiri dengan megah diatas kaki sendiri.

My Family

Maskulin Jun 2008 - Limited Edition (Credit to Zurainy Zain for the picture)

naga & Jenab - 8th anniversary

As requested ..

Sambutan ulang tahun ke - 50 TUDM... Besh gile , cume aku x dapat layan sangat , sbb sibuk pujuk Adam nangis...



Sukhoi SU-30MKM ... perghhh