Matang adalah salah satu isu yang boleh menimbulkan ketegangan didalam satu-satu komuniti. Ini kerana dengan mempertikaikan kematangan seseorang kita seolah-olah mempertikaikan segala ilmu , pengalaman hidup yang dimiliki oleh individu tersebut dan dalam pada masa yang tertentu mempertikaikan kredibiliti seseorang dalam membuat keputusan.
Bagaimanakah kita mengukur kematangan seseorang ? Perlukah kita menilai kematangan seseorang?
Adakah wajar kita mengukur kematangan seseorang melalui cara beliau membawa diri dalam satu-satu komuniti ? Jawapannya , tidak. Ini kerana kita melihat seseorang itu melalui pandangan kita yang sempit berdasarkan penilaian kita sendiri. Kita perlu ingat , bukan semua yang dilakukan individu didalam komuniti mencerminkan dirinya yang sebenar. Kadang-kala tingkah laku ataupun keputusan adalah berdasarkan penyesuaian didalam komuniti tersebut. Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek.." Kita tidak boleh membawa perwatakan kita dirumah kedalam komuniti pekerjaan ataupun sebaliknya. Cara kita bergurau di pejabat , di rumah mahupun diwarung mamak ketika bersama-sama rakan sekerja diluar waktu pejabat mungkin berbeza. Masing-masing ada hak untuk membawa diri masing selagi tidak menganggu perjalanan hidup orang lain.
Kita juga tidak boleh melabelkan kebahagiaan hidup seseorang dengan tingkah lakunya yang ria , suka bergurau senda , tanpa kita sedari individu tersebut mempunyai tekanan hidup yang tidak dipaparkan setiap masa. Dengan cara menunjukkan wajah riang , bergurau senda , individu tersebut boleh melupakan seketika tekanan ataupun masalah yang dihadapi ketika berada didalam komuniti yang lain.
Siapakah yang memberi hak kepada individu untuk mempertikaikan kematangan orang lain ? Dengan mempertikaikan kematangan orang lain , individu tersebut secara tidak sedar menunjukkan bahawa dirinya sendiri tidak matang , dengan berasakan dirinya cukup sempurna untuk menilai orang lain dan juga tidak menjaga maruah individu yang dipertikaikan didalam komuniti.
Tuhan mencipta setiap manusia dimuka bumi dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing, tiada siapa yang sempurna. Hormati kelebihan dan terima kelemahan orang lain. Jangan kita terlalu suka menilai berdasarkan pengalaman hidup kita dan melupakan bahawa masing-masing juga ada pengalaman dalam menempuhi kehidupan.
Maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan rencana ini. Saya ini jauh dari sempurna malah penuh dengan keburukan. Saya tahu , saya suka menyakat orang disekeliling saya , yang mana bukanlah salah satu ciri asal diri saya yang sebenarnya. Saya pernah menjadi serius didalam hidup , dan hidup itu sangat membosankan dan penuh dengan kemarahan. Namun , saya tahu kadang-kala saya melampau batas lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada saya. Oleh itu , maafkan saya. Esok lusa jika kita tidak lagi ketemu , kenanglah mulut saya yang jahat ini.
Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Matang ?
Dicatat oleh nagakeciks di 11:26 PTG
Label: Bila Hafiz berbicara ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

4 ulasan:
beratnye 'entry' ni..
kematangan adalah perkara yang subjektif.. bagi yan kematangan dirasai bila berada dalam satu situasi yang boleh mengawal perasaan, fikiran dan logik kita sendiri.. betul, jangan menilai orang, nilai diri sendiri..
....
huuhuhu, kalah ayat yati.. mana blh jd nih.. nk tanya soalan cepumas.. korang rasa yati nih dah matang tak?
matang.. berselindung dengan keriangan... :)
yeah yati..saye setuju ngan eyan...yati matang...n yati riang...
Mulut bising...hahaha...larik dari blog sendiri menuju ke blog fiza...hahahah
Catat Ulasan