Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Pagi@Kabin

Dah agak lama saya gagal meletakkan nama sebagai staf paling awal sampai di kabin :p

Hari ini bermula dengan situasi berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Sahur , subuh dan tidak tidur. Sedang molek pula , Adam bangun awal. Adam selalunya liat untuk bangun pagi , diwarisi dari ayah , gamaknya.

Apa yang berada dalam fikiran semasa sendirian dikabin , menghitung hari untuk meninggalkan Edaran , dan juga waktu tidur yang tidak teratur.

Notis 2 bulan , ditolak dengan hujung minggu dan juga cuti , hanya berbaki beberapa puluh hari sahaja. Puan Fiza yang sememangnya garang dengan saya , bertambah garang lebih-lebih lagi ketika isu Transfer Knowledge dibangkitkan. Tiada apa yang perlu disimpan didalam hati , garang beliau garang bertempat , lagipun sudah banyak "penolak-ansuran" diantara kami.

Kepala tengah serabut , fungsian Muat-Naik pula menjadi dugaan. Ada pula masalah yang timbul. Secara teori , beberapa penyelesaian sudah difikirkan , cuma belum diuji boleh digunapakai atau tidak.

Berkenaan dengan waktu tidur pula , saya mempunyai masalah untuk tidur awal. Waktu kebiasaan , selepas 12 tengah malam. Isteri dan anak-anak sudah pun tidur dengan lena , saya pula terkulat-kulat mencari apa yang boleh dilakukan. Kalau ada makanan terutama sekali cokelat didalam peti ais , ditambah pula dengan Coke , aktiviti makanlah jawabnya. Berat badan selama dikabin , berjaya dikurangkan sebanyak 8kg , harapnya bulan Ramadhan ini , beberapa kg lagi berjaya dikorbankan.

Puan Zaida sudahpun sampai , begitu juga dengan Project Manager. Yang lain , masih lagi dalam perjalanan. Semoga fikiran saya tenang dan fokus hari ini untuk menyelesaikan apa yang tertangguh.

12 ulasan:

peah @ peps berkata...

aiiishh..nak kena bantai apit ni..pepandai je cakap gua garang.. gua ni baik hati lagi lembut...

apit..gua manyak sedeh la lu mau blah..lu tak tunggu project yg kite reka structure ngan coding style dia siap...sob..sob...

tapi takpela..rezeki lu kat tempat lain lagi masyukk..pape pun.gud luck apit...tegur gua pas blah nanti..

kalau tak...gua 'flood' blog lu..

nagakeciks berkata...

oklah ... lu bukan setakat garang , lu juga suka ugut gua..mementang lu kawan same itu Mafia (Mek Piah sebenarnyer ... haha)

lu nak flood blog gua , cun a tuh..bleh a blog gua hit cam blog lu...

peah @ peps berkata...

gua flood terbalik...gua kasi divert sume visitor lu..masuk blog gua..

time tu..baru wa tunjuk garang waaaa..

peah @ peps berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
peah @ peps berkata...

Mek Piah kaler oren...pan asian gak tu..oren campur mamak dari Sumatera... belayar dari mumbai nak kejar dolphin...

absolutely emy berkata...

woiihh... mek peps joowa ni nak kena nih..

nota kaki #1 : den tengah buat collection alat2 kecil yang boleh dijadikan objek utk dibaling nih..

nota kaki #2 : sabar itu separuh daripada iman.. orang pan-asia ni.. memang selalu menjadi kedengkian orang2 peps-joowa di sana..

nagakeciks berkata...

aaa..dolphin kak emy pun suke makan popia...

peah @ peps berkata...

mek piah
nota kaki #1 : ye..mek piah ni memang suka acara baling membaling..ini disebabkan pengalaman dibaling ke dalam keretapi ketika kecil...sebab itula kerajaan mesia buat lrt sekarang ni..ramai org bole dibaling dengan pantas..

nota kaki #2 : hanya pan-asian (oren + mamak) sahaja bole nampak dolphin kat tepi sungai...err..kak emy..pasti ke tu dolphin..bukan ikan laga?

nagakeciks
haha..adoi..kak emy..pasti ke itu dolphin...??? siap bole makan popia nihh..

absolutely emy berkata...

kecik ati aa..
takper aa... macam ni la..

peah @ peps berkata...

..amboi...dia kenakan orang bole..sampai 11 orang pangkah gua kat blog gua..46 komen...gua bole sengeh je....ini baru 1 komen kak emy...mana sifat MAFIA lu kak emy...

absolutely emy berkata...

i pemalu orangnyer.. hehehehe

ashiena berkata...

ni satu lagi ulasan yang hanya mampu tersenyum.. :)
(kena gak balik ofis ni nnt lalaalalaa ~)