Sepertimana yang sudah diketahui oleh individu-individu disekeliling aku , aku kini mengalami Bell's Palsy.
Bell's Palsy adalah keadaan dimana berlakunya gangguan pada saraf di separuh bahagian muka. Gangguan saraf sebenarnya boleh disebabkan oleh barah otak , strok dan juga jangkitan Lymes. Namun , jika gangguan saraf ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak pasti , ianya dikenali sebagai Bell's Palsy.
Menurut penerangan doktor yang merawat aku, dan juga hasil pembacaan beberapa artikel di internet , serangan bermula dari saraf dihadapan telinga yang kemudiannya tersebar ke beberapa saraf yang lain. Gangguan yang dialami aku pada masa sekarang adalah sukar mengawal bahagian muka sebelah kiri , iaitu mata dan mulut. Kesan terhadap mata adalah , ianya tidak akan berkelip secara automatik serentak dengan kelipan mata kanan. Kesan daripada kegagalan ini adalah, mata kiri boleh menjadi kering dan jika dibiarkan boleh merosakkan kornea. Kesan kepada mulut pula adalah , kesukaran untuk makan dan juga minum. Ketika makan , kunyahan disebelah kiri terasa agak lemah , dan ketika minum pula , air yang diminum berkemungkinan meleleh keluar. Selain daripada itu , aku juga menghadapi kesukaran untuk bercakap dan juga senyum.
Tempoh untuk sembuh dari gangguan saraf ini tidak dapat dipastikan , dan boleh dikatakan ianya adalah satu masalah yang tidak dapat diketahui puncanya secara tepat , cara rawatan yang paling berkesan dan juga tempoh gangguan. Antara ubat yang dibekalkan oleh doktor di HUKM adalah Prednisolone (ubat ini tersangat pahit , dan aku terpaksa makan 6 biji sekaligus , nasib baiklah hanya sekali sehari) dan juga Artificial Tears (Ubat pelembab mata seperti eye-mo). Aku juga diberikan cuti selama 3 hari.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan , terutamanya isteri aku , Bro Sascha , Eyan , Puan Fiza dan juga rakan-rakan dikabin. Tidak lupa juga kepada ibu bapa mertua aku yang sanggup datang ke rumah semata-mata kerana risaukan kesihatan aku. Buat masa ini , aku masih tidak maklumkan keadaan aku kepada famili aku, disebabkan aku tidak mahu mereka berasa risau.
Terima kasih sekali lagi kepada Bro Sascha , disebabkan beliau sudi membawa aku ke HUKM , menemani aku berjam-jam lamanya , sempat membuat lawak Sly Stallone (Rambo) dan juga tolong carikan tandas. Jasamu ku kenang bro !
Selain daripada Bell's Palsy , aku juga sedang mengalami sakit gigi yang mana sangat mengganggu hidup aku ketika ini.
Maaf kepada semua team member e-Perhilitan kerana aku gagal menghadirkan diri ketika anda semua sedang bertungkus lumus. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
Bell's Palsy
Dicatat oleh nagakeciks di 4:40 PTG
Label: Bell's Palsy
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

4 ulasan:
Keep on fighting! untuk sembuh.. InsyaAllah.. semua akan oke..
Salam bro, aku doakan cepat sembuh insyAllah.. Banyakkan bersabar, doa, dan tawakkal..
W'salam
Thanks diatas keperihatinan..
Tuhlah , dugaan dan juga balasan..
afis...buat rawatan ok!!
kena buat ok!!
fokus kat rawatan dulu..mende2 lain tu letak tepi kejap..jgn degil !!
Catat Ulasan