A CAPTCHA is a type of challenge-response test used in computing to ensure that the response is not generated by a computer. The process involves one computer (a server) asking a user to complete a simple test which the computer is able to generate and grade. Because other computers are unable to solve the CAPTCHA, any user entering a correct solution is presumed to be human. A common type of CAPTCHA requires that the user type the letters or digits of a distorted image that appears on the screen.
Wiki - CAPTCHA
Serius , aku kurang suka dengan CAPTCHA. Rasa tidak suka ini disebabkan kekerapan aku gagal memasukkan kesinambungan yang betul setiap kali berhadapan dengan CAPTCHA.
Banyak website direct download , contohnya RapidShare memerlukan pengguna memasukkan kombinasi aksara dengan menggunakan teknik CAPTCHA. Berbanding dengan CAPTCHA di website lain , kombinasi yang digunakan RapidShare agak menyakitkan hati , kerana selain daripada memasukkan aksara yang betul , pengguna juga dimestikan untuk memilih aksara yang mempunyai imej kucing sahaja (imej yang tidak harus dipilih , adalah anjing. Kenapa tidak gunakan gajah ?, lebih senang untuk dibezakan).
Nasib baik , RapidShare sudah mengabaikan teknik ini , begitu juga blog Puan Fiza setelah menerima aduan beberapa kali daripada seorang rakan (yang mengikut khabar angin , agak kacak) yang tertekan disebabkan kerap gagal apabila berhadapan dengan CAPTCHA.
Entah apa masalah aku dengan CAPTCHA , aku sendiri kurang pasti. Kadangkala , aksara yang telah dicacatkan tidak dapat diproses oleh otak aku. Mungkin disebabkan aku kurang biasa dengan perkara-perkara pelik (Roti pisang , Jus Karet , Jus Karet campur susu , Coke campur susu , Roti Tisu dan juga "Bakso satu , tapi nak mi jernih" :p

4 ulasan:
agak leceh.. ada CAPCTCHA yg senang untuk dibaca, tapi ada yang memang mengelirukan..
hehe..ntah aa..pada saye...sume CAPTCHA saye susah nak bace...
saya tak paham.. kenapa perlu masukan unsur2 'rakan yang membuat aduan itu.. dikhabarkan agak kacak?' Dan juga frasa2 pelik yang taklah pelik itu.. dimasukan ke dalam tulisan sedara.. ini adalah tidak bersesuaian dengan konsep pembelajaran kita.. bukankah kita sedang belajar tentang CAPTCHA..
just my 2sen.. hahahah. saja nk provoke.. wakakak.. peace apit.. jangan mare..
Dengki...2sen kunun..nampak sangat amik duit dalam tabung saye...chaittt
Catat Ulasan