Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke-51

Semoga kemerdekaan yang diperjuangkan generasi terdahulu (yang mana dinikmati dan tidak dihargai generasi kini) akan terus berkekalan.

Negaraku , tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup , bersatu dan maju

Rahmat bahagia , Tuhan kurniakan
Raja kita , selamat bertakhta

Persimpangan

Dalam perjalanan hidup yang penuh berliku , kan tiba masa berhenti dipersimpangan.

Cuba berfikir sebelum membuat pilihan , namun masa tidak pula membenarkan.

Ku lihat kanan , jalannya lurus tetapi jauh , samar.

Ku lihat kiri , berkelak-kelok pula jalannya , gusar.

Kekiri atau kekanankah aku ? Atau aku hanya terus berdiri dipersimpangan ini , menanti angin menerbangkan diriku ...

Update pengguna Mozilla Firefox

Maaf diatas kesulitan.

Masalah yang dihadapi pengguna Firefox sebelum ini , sudah diperbaiki , begitu juga dengan blog #3 saya , skicekagan

Bunga

ashiena





Aiffa




bungaOren




nagakeciks


skicekagan

Blog #3 ,yang hanya fokus pada topik teknikal , skicekagan sudah pun boleh dilayari

Beberapa post mengenai programming sudah pun ada disana. InsyAllah , akan saya tambah dari masa ke semasa

Loosing grip

I'm starting to trip, I'm losing my grip

Sejak akhir-akhir ini pegangan diri saya mula goyah

Perkara-perkara yang saya pertahankan dari dulu untuk tidak melakukannya mula terlepas dari kekangan ataupun pernah terlintas difikiran

Sekiranya saya terus diolah oleh persekitaran , saya akan berubah menjadi bukan saya

Saya perlu bangun segera , dari mimpi dan igauan

Dimana diri saya yang sebenarnya ... dimana ?

Microsoft Project 2007

Hari ini dan esok , staf Solution Integration Department (SID) Edaran Berhad akan (telah) mengikuti training untuk Microsoft Project 2007.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Microsoft Project 2007 , fungsi-fungsi dan cara penggunaan , sila nantikan post oleh Puan Fiza diblog beliau , tidak lama lagi.

Yamaha Lagenda ZR

Salun ?

Adidas Superstar

Ini adalah salah satu design kasut Adidas Superstar

Saya memang dah lama berkenan dengan kebanyakkan kasut-kasut Superstar , walaupun hanya tema warna dan corak berbeza.

Setakat ini, saya pernah memiliki 3 (2 dah rosak , 1 kena curi) pasang Adidas Superstar , dan ketiga-tiga ini adalah hadiah dari awek , tunang , isteri dan kini ibu kepada anak-anak saya.



Image Source : http://www.trainerstation.com/images/adidas_superstar_tl_bg_med.jpg

Me&Wife@Edaran's 20th Anniversary Dinner

Picture taken by Eyan Hazlena
Baju Batik sponsored by Sascha
Interframed by Fiza

Mojilah Pepok ...Sekiranya anda menggunakan Firefox , sila tekan CTRL+A

Saya dimaklumkan oleh seorang rakan , Wahyudi berkenaan masalah paparan blog ini pada pelayar Mozilla Firefox.

Semua post hanya akan kelihatan sekiranya dihighlight. Masalah ini berkaitan dengan template CSS yang saya gunakan.

Masalah ini akan saya cuba selesaikan dalam tempoh beberapa hari lagi , disebabkan saya agak sibuk pada masa kini.

Buat sementara waktu atau lebih baik selamanya , apa kata anda semua menggunakan pelayar Internet Explorer 7 , yang mana adalah pelayar pilihan #1 saya (walaupun terdapat banyak masalah yang menyakitkan hati)

Update : Masalah telah diselesaikan , cuma kelihatan agak buruk pada paparan Mozila.

Update : Penyelesaian dibuang kerana kelihatan tidak cantik :p , gunalah IE 7

Update : Ok , saya dah betulkan semula . Maaf buat pengguna Mozilla

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Edaran

Malam tadi berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-20 Edaran Berhad. Saya dan isteri sampai agak lambat disebabkan terlepas simpang ke Hotel Hilton.

Ketika sampai , majlis sudah pun bermula dimana pada ketika itu Tan Sri Dato' Tajudin Ramli sedang memberikan ucapan.

Majlis yang agak meriah , kami semua dihiburkan oleh Noryn Aziz sambil menikmati juadah yang dihidangkan.

Pengendali majlis pula pelawak yang terkenal dalam sitkom santan berlada , yang selalu bergandingan dengan Ali Mamak.

Selepas perut diisi , kami dihiburkan pula Raja Lawak musim ke-2 , Nabil. Walaupun ada bahan jenaka recycle , setiap tetamu tidak kering gusi dibuatnya.

Persembahan yang terakhir pula oleh penyanyi tersohor (yang juga suka dipeluk :p) , Anuar Zain. Memang tidak boleh dinafikan persembahan Anuar Zain mantap dan ada kelas tersendiri.

Selain daripada itu , beberapa staf Edaran juga menerima anugerah diatas kesetiaan mereka kepada Edaran yang mana ada antara mereka yang sudah berkhidmat antara 10 , 15 dan juga 20 tahun. Malam tadi juga boleh dikatakan malam meraikan abang Azwan , yang mana menerima anugerah staf setia dan juga staf cemerlang. Tahniah.

Kepada Edaran Berhad , saya selaku individu dan juga staf Edaran mengucapkan tahniah dan berasa bertuah kerana dapat berkhidmat untuk Edaran. Semoga Edaran Berhad akan bertambah maju , dan staf-staf yang ada akan terus setia menyokong Edaran.

Tahniah

P/S : Ketika ingin pulang , saya dan isteri bertembung dengan Papa Rock , Ramli Sarip. Kami juga berkongi lif yang sama. Rasa dihati ingin menegur , tetapi segan pula terasa.

Eusuf , buai & bantal



Bising didalam buai pagi tadi , rupanya sedang bermain dengan bantal. Kecik-kecik dah kena candid :p

Kibarkan Jalur Gemilang

Setelah saya membaca sajak , menonton klip sedutan filem Bukit Kepong dari pautan Blog Hisham Jabar , rasa tidak sabar pula untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

InsyAllah , seperti tahun-tahun sebelum ini , saya akan mengibarkan Jalur Gemilang pada motor saya.

Kepada anda semua yang membaca post ini , kibarkanlah Jalur Gemilang selagi kita mampu mengibarnya. Sekurang-kurangnya sempena bulan kemerdekaan. Tiada siapa yang dapat menjamin kemerdekaan negara yang tercinta ini akan terus kekal hingga ke generasi berikutnya.

Seruan saya , bagi mereka-mereka yang tidak menyertai sambutan 12 malam Hari Merdeka nanti (perlukah hari bersejarah ini disambut dengan countdown , teriakan di Dataran Merdeka ?) , sama-samalah kita menanti dihadapan televisyen , berdiri dengan megah untuk menyanyikan lagu Negaraku. Tahun lepas , saya menyanyikan lagu Negaraku , ditemani anak pertama saya , Adam Zulkarnain. Alhamdulillah , tahun ini ditemani Adam dan juga adik, Eusuf Iskandar.

Bagi generasi pasca merdeka termasuklah saya , tontonlah filem Bukit Kepong , Lt Adnan ataupun Sarjan Hassan , sekurang-kurangnya dapatlah sedikit bayangan dan peringatan untuk kita semua , keperitan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang tanah air.

Terdapat segelintir individu yang kini mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik , sebagai tanda protes. Pada saya , janganlah diperlakukan Jalur Gemilang sedemikian rupa , carilah jalan yang lain untuk meluahkan protes anda. Pada zaman peperangan dahulu , ada askar yang akan membawa panji / bendera. Dan askar ini akan sedaya upaya mempertahankan panji / bendera supaya tidak jatuh ataupun dirampas musuh.

Al-Fatihah bagi mereka yang gugur untuk kebangkitan kita hari ini.

Blog #2

InsyAllah , blog kedua akan saya daftar tidak lama lagi.

Konsep (UI) blog kedua , sekadar perancangan seperti cermin kepada blog ini.

Isi kandungan yang spesifik kepada tajuk tertentu sahaja , masih perlu dirahsiakan.

Tunggu ...

Adam

Makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran

Sabtu , 16 hb 8 2008

Edaran akan menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran , di Hotel Hilton.

Perancangan asal , aku menarik diri dari menyertai majlis ini atas sebab-sebab tertentu.

Kelmarin , isteri menyatakan beliau ingin hadir ke majlis tersebut , dan aku tidak sepatutnya ketinggalan dalam salah satu perkara penting untuk edaran.

Akhirnya , aku dan isteri akan turut sama meraikan ulang tahun ke-20 Edaran. Fiza sudah pun mendapatkan pakaian yang "grand". Aku dan isteri baru hanya merancang , namun tidak tahu kemana harus dituju. Pakaian lelaki diwajibkan baju batik , seumur hidup aku hanya sehelai sahaja baju batik yang pernah aku miliki , itupun baju batik sekolah teknik.

Keluar duit lah lagi jawabnya...

Debaran ...

Beberapa minit lagi, kami akan dipanggil ke board room, untuk findings CMMI.

Harap tidak banyak kesilapan / kekurangan.

Harap apa yang kami usahakan selama ini terutama sekali kak Zaida , membuahkan hasilnya.

Debaran ...

Selepas findings :

Alhamdulillah , jikalau diukur berdasarkan hasil findings , ianya agak menenangkan. Namun begitu , hari esok akan jadi penentu.

Keriangan sang badut

Tatkala badut-badut itu mula bersiul ,
aku berlagak menghayati irama

Tatkala badut-badut itu ketawa sinis ,
aku mencebik didalam senyuman

Dan tatkala badut-badut itu kepenatan dan jatuh ,
aku akan riang menari-nari


*Badut-badut , apesal ntah pukul 1.36 pagi , aku menulis pasal badut...
*Terkenang kepada filem IT kah aku ? Atau tertekan dek CMMI ?
*Atau aku sekadar meroyan sendiri ?

*Tettttttttttt ... blog ceq , suka hati ceq lah nak tuligh apa pun ...

Eusuf , Adam & Ayah