Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Memaparkan catatan dengan label Edaran Berhad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edaran Berhad. Papar semua catatan

Duit Raya



Wajah-wajah ceria mereka yang menerima duit raya , penuh bercahaya

Apakah salahnya , dibelanjakan sedikit buat kawan yang tidak menerimanya

Nama turut dipanggil , namun hanya untuk menerima kek lapis sahaja

Sudikah kawan-kawan , sekurang-kurangnya membelanjakan sedikit demi seteguk air , menghilangkan dahaga ?

....

Pastu kite gi aa makan besar...mane cukup beb minum je...korang dah kayo...hahaha

Persimpangan

Sudah beberapa hari berlalu tanpa sebarang post terkini di blog ini.

Waktu yang agak terhad , sibuk dengan aktiviti harian dan juga banyak perkara yang perlu difikirkan.

Sebelum ini saya ada membicarakan tentang pilihan dipersimpangan. Pilihan itu telah pun saya putuskan.

Pada tanggal 9 haribulan 9 2008 , bersamaan juga dengan tarikh ulang tahun kelahiran ke-27 saya , saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada ketua bahagian pengurusan sumber manusia Edaran.

Agak berat untuk saya membuat keputusan ini , tetapi untuk masa depan saya dan keluarga , mungkin inilah yang terbaik. Bak kata Curtis Jackson a.k.a 50 cent , "Get Rich or Die Tryin`"

Terima kasih kepada semua rakan sekerja di Edaran. InsyaAllah , kita akan bertemu kembali.

Me&Wife@Edaran's 20th Anniversary Dinner

Picture taken by Eyan Hazlena
Baju Batik sponsored by Sascha
Interframed by Fiza

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Edaran

Malam tadi berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-20 Edaran Berhad. Saya dan isteri sampai agak lambat disebabkan terlepas simpang ke Hotel Hilton.

Ketika sampai , majlis sudah pun bermula dimana pada ketika itu Tan Sri Dato' Tajudin Ramli sedang memberikan ucapan.

Majlis yang agak meriah , kami semua dihiburkan oleh Noryn Aziz sambil menikmati juadah yang dihidangkan.

Pengendali majlis pula pelawak yang terkenal dalam sitkom santan berlada , yang selalu bergandingan dengan Ali Mamak.

Selepas perut diisi , kami dihiburkan pula Raja Lawak musim ke-2 , Nabil. Walaupun ada bahan jenaka recycle , setiap tetamu tidak kering gusi dibuatnya.

Persembahan yang terakhir pula oleh penyanyi tersohor (yang juga suka dipeluk :p) , Anuar Zain. Memang tidak boleh dinafikan persembahan Anuar Zain mantap dan ada kelas tersendiri.

Selain daripada itu , beberapa staf Edaran juga menerima anugerah diatas kesetiaan mereka kepada Edaran yang mana ada antara mereka yang sudah berkhidmat antara 10 , 15 dan juga 20 tahun. Malam tadi juga boleh dikatakan malam meraikan abang Azwan , yang mana menerima anugerah staf setia dan juga staf cemerlang. Tahniah.

Kepada Edaran Berhad , saya selaku individu dan juga staf Edaran mengucapkan tahniah dan berasa bertuah kerana dapat berkhidmat untuk Edaran. Semoga Edaran Berhad akan bertambah maju , dan staf-staf yang ada akan terus setia menyokong Edaran.

Tahniah

P/S : Ketika ingin pulang , saya dan isteri bertembung dengan Papa Rock , Ramli Sarip. Kami juga berkongi lif yang sama. Rasa dihati ingin menegur , tetapi segan pula terasa.

Makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran

Sabtu , 16 hb 8 2008

Edaran akan menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran , di Hotel Hilton.

Perancangan asal , aku menarik diri dari menyertai majlis ini atas sebab-sebab tertentu.

Kelmarin , isteri menyatakan beliau ingin hadir ke majlis tersebut , dan aku tidak sepatutnya ketinggalan dalam salah satu perkara penting untuk edaran.

Akhirnya , aku dan isteri akan turut sama meraikan ulang tahun ke-20 Edaran. Fiza sudah pun mendapatkan pakaian yang "grand". Aku dan isteri baru hanya merancang , namun tidak tahu kemana harus dituju. Pakaian lelaki diwajibkan baju batik , seumur hidup aku hanya sehelai sahaja baju batik yang pernah aku miliki , itupun baju batik sekolah teknik.

Keluar duit lah lagi jawabnya...