Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Edaran

Malam tadi berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-20 Edaran Berhad. Saya dan isteri sampai agak lambat disebabkan terlepas simpang ke Hotel Hilton.

Ketika sampai , majlis sudah pun bermula dimana pada ketika itu Tan Sri Dato' Tajudin Ramli sedang memberikan ucapan.

Majlis yang agak meriah , kami semua dihiburkan oleh Noryn Aziz sambil menikmati juadah yang dihidangkan.

Pengendali majlis pula pelawak yang terkenal dalam sitkom santan berlada , yang selalu bergandingan dengan Ali Mamak.

Selepas perut diisi , kami dihiburkan pula Raja Lawak musim ke-2 , Nabil. Walaupun ada bahan jenaka recycle , setiap tetamu tidak kering gusi dibuatnya.

Persembahan yang terakhir pula oleh penyanyi tersohor (yang juga suka dipeluk :p) , Anuar Zain. Memang tidak boleh dinafikan persembahan Anuar Zain mantap dan ada kelas tersendiri.

Selain daripada itu , beberapa staf Edaran juga menerima anugerah diatas kesetiaan mereka kepada Edaran yang mana ada antara mereka yang sudah berkhidmat antara 10 , 15 dan juga 20 tahun. Malam tadi juga boleh dikatakan malam meraikan abang Azwan , yang mana menerima anugerah staf setia dan juga staf cemerlang. Tahniah.

Kepada Edaran Berhad , saya selaku individu dan juga staf Edaran mengucapkan tahniah dan berasa bertuah kerana dapat berkhidmat untuk Edaran. Semoga Edaran Berhad akan bertambah maju , dan staf-staf yang ada akan terus setia menyokong Edaran.

Tahniah

P/S : Ketika ingin pulang , saya dan isteri bertembung dengan Papa Rock , Ramli Sarip. Kami juga berkongi lif yang sama. Rasa dihati ingin menegur , tetapi segan pula terasa.

4 ulasan:

ashiena berkata...

cerita masa sekolah rendah:
dari Melaka ke JB, asyik main lagu Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim.. dengan tak disangka, bertemu mereka di lobby hotel.. siap bertegur sapa.. hehe..
mereka mmg best!

nagakeciks berkata...

aaaa...saye senyap je...segan nak tego...mmmm

rugi rugi

Tanpa Nama berkata...

salam afis,
aku baru perasan font tu kena highlight dulu br la dpt bace....patut pun aku buka takde ape2 tulisan...huhuhu..
tahniah utk Edaran, tahniah jugak kat afis yang keje kat edaran..keje elok2 k..keje keras ok..nanti baru buka AmuckSoft "kite" heheh nak gak join amucksoft..nanti bleh jadi vice president trus...;)...hehehe

haa..ape2pun...jage diri elok2 k..

absolutely emy berkata...

nasib tak tegur.. kalu tak.. sure kecoh kabin.. apit dapat berborak ngan Ramli Sharif.. papa rock tu... hehehehe