Shout !


Free shoutbox @ ShoutMix

BlogMalaysia.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Disini , saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog saya , yang beragama Islam.

Tahun ini , giliran isteri , jadi saya akan berhari raya di Klang & Kuala Lipis. Sekurang-kurangnya dapat mengubati rindu kepada negeri tercinta , Pahang Darul Makmur.

InsyaAllah , kami sekeluarga juga akan berhari raya di Kajang , dan juga Melaka.

Maaf juga diatas segala salah silap saya pada tahun ini.


Masuk hutan mencari buluh
Biar lemang janganlah meriam
Ku himpun ikhlas jari sepuluh
Salah silap jangan didendam

Duit Raya



Wajah-wajah ceria mereka yang menerima duit raya , penuh bercahaya

Apakah salahnya , dibelanjakan sedikit buat kawan yang tidak menerimanya

Nama turut dipanggil , namun hanya untuk menerima kek lapis sahaja

Sudikah kawan-kawan , sekurang-kurangnya membelanjakan sedikit demi seteguk air , menghilangkan dahaga ?

....

Pastu kite gi aa makan besar...mane cukup beb minum je...korang dah kayo...hahaha

Man Utd vs Chelsea

Malam ini , pertembungan penting untuk Manchester United

Jikalau menang , mampu mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong

Jikalau kalah , payahlah nampaknya. SAF perlu melakukan sesuatu

Pemain harapan saya , Rooney masih belum menemui rentaknya , namun saya tetap yakin dengan beliau


Bagi yang mahu menonton secara online , ini adalah salah satu pautan yang boleh digunakan

Justin.tv
.......

Kalo kalah , konpem aku akan dapat kate2 sindiran dari Shagrasyid , diore ... Haha , siut a korang kalo sms aku...lagik aa arsenal menang malam tadi...

Asahan

Baru pulang dari Asahan , Tangkak

Menemani isteri yang ada aktiviti sekolah , Adam & Eusuf pun dibawa sekali

Kem latihan terletak agak jauh di pendalaman , merentasi beberapa kampung

Sekali-sekala menenangkan fikiran , sayangnya tidak dapat singgah ke air terjun gunung ledang , lebih-lebih lagi disebabkan bulan puasa.


Bagaimana hendak ke sana ?

Dari lebuhraya KL-Seremban-Johor Baharu , terus sahaja sehingga sampai ke persimpangan Tangkak. Masuk ke arah Tangkak , terus sahaja sehingga kawasan pekan Tangkak.

Akan jumpa simpang kiri ke arah Jasin , sebelum balai polis. Masuk simpang tersebut , dan terus sahaja. Apabila sampai simpang 3 , kiri ke arah Jasin , kanan ke arah Asahan & Nyalas , ambil kanan dan terus sahaja.

Akan melewati beberapa buah kampung.

Hujan...

Bangun pukul 9 ...

Pasangkan tv , buatkan susu untuk Adam
~Guruh
9.30 , Tukar lampin Adam , Mandi
~Guruh
9.50 , Siap mandi , bersiap untuk pergi ke kabin
~Guruh
9.59 , Buka pintu rumah , burrrrrrr hujan pun turun

10:01 , Update blog

Selalu kena dugaan camnih :p

Duit Raya

Project Manager baru sahaja memaklumkan saya mengenai pemberian duit raya oleh Edaran.

Setiap tahun , kesemua staf Edaran InsyaAllah akan mendapat duit raya.

Notis pemberian duit raya tahun ini dikeluarkan pada 11 September 2008 , 2 hari selepas saya menyerahkan surat perletakkan jawatan.

Ini dinamakan sebagai tiada rezeki :-)

Tahniah kepada semua yang mendapat duit raya

Pagi@Kabin

Dah agak lama saya gagal meletakkan nama sebagai staf paling awal sampai di kabin :p

Hari ini bermula dengan situasi berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Sahur , subuh dan tidak tidur. Sedang molek pula , Adam bangun awal. Adam selalunya liat untuk bangun pagi , diwarisi dari ayah , gamaknya.

Apa yang berada dalam fikiran semasa sendirian dikabin , menghitung hari untuk meninggalkan Edaran , dan juga waktu tidur yang tidak teratur.

Notis 2 bulan , ditolak dengan hujung minggu dan juga cuti , hanya berbaki beberapa puluh hari sahaja. Puan Fiza yang sememangnya garang dengan saya , bertambah garang lebih-lebih lagi ketika isu Transfer Knowledge dibangkitkan. Tiada apa yang perlu disimpan didalam hati , garang beliau garang bertempat , lagipun sudah banyak "penolak-ansuran" diantara kami.

Kepala tengah serabut , fungsian Muat-Naik pula menjadi dugaan. Ada pula masalah yang timbul. Secara teori , beberapa penyelesaian sudah difikirkan , cuma belum diuji boleh digunapakai atau tidak.

Berkenaan dengan waktu tidur pula , saya mempunyai masalah untuk tidur awal. Waktu kebiasaan , selepas 12 tengah malam. Isteri dan anak-anak sudah pun tidur dengan lena , saya pula terkulat-kulat mencari apa yang boleh dilakukan. Kalau ada makanan terutama sekali cokelat didalam peti ais , ditambah pula dengan Coke , aktiviti makanlah jawabnya. Berat badan selama dikabin , berjaya dikurangkan sebanyak 8kg , harapnya bulan Ramadhan ini , beberapa kg lagi berjaya dikorbankan.

Puan Zaida sudahpun sampai , begitu juga dengan Project Manager. Yang lain , masih lagi dalam perjalanan. Semoga fikiran saya tenang dan fokus hari ini untuk menyelesaikan apa yang tertangguh.

Persimpangan

Sudah beberapa hari berlalu tanpa sebarang post terkini di blog ini.

Waktu yang agak terhad , sibuk dengan aktiviti harian dan juga banyak perkara yang perlu difikirkan.

Sebelum ini saya ada membicarakan tentang pilihan dipersimpangan. Pilihan itu telah pun saya putuskan.

Pada tanggal 9 haribulan 9 2008 , bersamaan juga dengan tarikh ulang tahun kelahiran ke-27 saya , saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada ketua bahagian pengurusan sumber manusia Edaran.

Agak berat untuk saya membuat keputusan ini , tetapi untuk masa depan saya dan keluarga , mungkin inilah yang terbaik. Bak kata Curtis Jackson a.k.a 50 cent , "Get Rich or Die Tryin`"

Terima kasih kepada semua rakan sekerja di Edaran. InsyaAllah , kita akan bertemu kembali.

Terus menanti...

aku merenung waktu didinding
memerhatikan saat kian berlalu

mencuba diriku membina benteng
menahan pedih ditusuk sembilu

tiada panggilan tiada ucapan
hanya mampu tersenyum sendiri

tidaklah lagi aku diperlukan
terus sendiri sehingga mati

tarikh yang bukan boleh dibeli
tarikh yang datang setahun sekali

terus aku terus menanti
sampai bila tidak ku pasti

09.09.08 - Aktiviti

* Update Blog

* Wish diri sendiri

* Bukak putera.com

* Norrent

* Minum air kosong

* Tidur ~

09.09.08



_____ _____
/___ \ |___ |
___| | / /
/ ___/ / /
| |___ / /
|_____| /_/



Mimpi atau kenyataan

Ada masanya kita mengharapkan mimpi itu satu kenyataan , namun lebih kerap masanya kenyataan diharapkan hanyalah sebuah mimpi

Google Chrome

Walaupun tengah bersedih , saya tetap ingin berkongsi mengenai browser terkini dari google , Chrome (Beta)

Setelah gagal memuat-turun ketika berada di Edaran , saya mencuba sekali lagi dirumah. Dan hasilnya tidak mengecewakan. Paparan yang kemas dan terdapat beberapa fungsi menarik yang ditemui walaupun baru 5 minit menggunakannya.


Paparan dan Tab




Rekod Penggunaan




View Source




Inspect Element



Kesimpulannya , sangat menarik. Namun apabila saya cuba melayari aplikasi web yang sedang dibangunkan , paparan jauh lebih berterabur berbanding Mozilla Firefox. Nampak gayanya , banyak tag HTML yang perlu diperbaiki.

Maaf , tidak sempat untuk review , kerana hati masih lagi bersedih.

Pagi sampai Petang yang gelap ...

Hari ini datang lagi satu dugaan untuk saya

Motor yang baru dibeli beberapa bulan lepas , dicuri orang

Pedih dalam hati , Allah sahaja yang tahu

Dugaan ... namun saya tidak akan putus asa

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan bantuan

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Disini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua pengunjung-pengunjung yang beragama Islam.