Pagi2 aku dah hangin satu badan. 3 kasut aku kene rembat. Pagar bertutup, cuma tak berkunci. Banding dengan rumah jiran , langsung tak bertutup pagar dia.
Cuba bersabar , tapi mampus a ko pencuri. Sampai kiamat pun aku x maafkan.
So ... camne aku nak pergi keje esok?
WTF !!!
_Shift
Hari ini aku merenung kembali 6 tahun yang lepas, tahun bermulanya hidup aku sebagai seorang pengaturcara. Teknologi bertambah maju , ilmu makin banyak perlu diterokai , tapi jiwa aku rasa jauh ketinggalan walaupun aku cuba mengejar waktu.
6 tahun dulu, aku seolah berada pada zaman yang agak selesa, walaupun ianya baru bermula. Semuanya lebih mudah untuk ditakluki minda aku. Tapi kini, aku memerlukan usaha yang lebih untuk melakukan semua itu, walaupun teknologi kini lebih memudahkan. Jiwa yang terluka dan usia yang kian meningkat sebahagian daripada teori yang boleh aku kaitkan dengan kemelesetan yang sedang aku alami. Begitu juga dengan pertambahan isu-isu yang perlu aku fikirkan setiap hari.
Namun begitu , aku tidak boleh tewas dengan keadaan. Kerjaya ini yang aku pilih dan aku perjuangkan bertahun-tahun. Tiada lagi kerjaya lain yang boleh aku lakukan dengan kemampuan diri yang terhad.
Mungkin juga dengan keadaan selesa di edaran selama 3 tahun , memanjakan aku. Ditambah pula dengan kehadiran rakan-rakan lama yang banyak membantu , menambahkan lagi keselesaan itu. Rakan-rakan baru di edaran juga banyak meringankan beban seharian di pejabat.
Aku menjadi makin lemah ...
Apa yang berlegar difikiranku dalam beberapa bulan ini adalah, membuka buku baru. Mulakan semuanya dari titik permulaan. Kosongkan fikiran , terima kesilapan yang pernah dilakukan dan cuba mula sekali lagi dengan penuh keyakinan. Tunjukkan kekuatan yang ada didalam diri.
Tetapi, sepertimana rasa sayang aku kepada Sekolah Kebangsaan Sanggang , Sekolah Menengah Tinggi Kajang , PTPL Kajang , Mastersoft dan kini edaran , sukar untuk melepaskan segala-galanya yang ada disini. Ini adalah salah satu sifat yang aku kurang gemari dalam diri aku ini. Terlalu sentimental dengan apa yang ada disekeliling aku.
Aku yang didalam kegelapan , cuba mencari cahaya bagi menerangi perjalanan ini. Aku singgah terlalu lama di satu perhentian yang selesa , menikmati keindahan pemandangan sekeliling. Aku hidup untuk perjalanan ini, dan aku perlu berjalan untuk hidup.
Idoey Bobrock!
Akhirnya , sampai juga bestfriend #1 aku kat umah aku nihah...Last jumpe 2 tahun lepas, dier jadik pengapit mase aku nikah & kenduri...
Ingat ko dah lupe kat aku yud , thanks sbb still concern tentang aku...Tapi jangan risau , aku ok je..
Lame gak ko lepak tadi, thanks sangat2..tapi sori lah, anak2 aku macam2 hal plak tadi..Haha, nangis lah, pecah kaca lah..Diorang same teruja cam aku sbb uncle yudie datang :p
So, next time, ade mase, singgahlah umah aku...jangan segan2, ko tuh sahabat,famili aku dari dulu Insyallah sampai bile2..
Dicatat oleh nagakeciks di 12:49 PG 5 ulasan
Label: Wahyudi Firdaus
Bell's Palsy
Sepertimana yang sudah diketahui oleh individu-individu disekeliling aku , aku kini mengalami Bell's Palsy.
Bell's Palsy adalah keadaan dimana berlakunya gangguan pada saraf di separuh bahagian muka. Gangguan saraf sebenarnya boleh disebabkan oleh barah otak , strok dan juga jangkitan Lymes. Namun , jika gangguan saraf ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak pasti , ianya dikenali sebagai Bell's Palsy.
Menurut penerangan doktor yang merawat aku, dan juga hasil pembacaan beberapa artikel di internet , serangan bermula dari saraf dihadapan telinga yang kemudiannya tersebar ke beberapa saraf yang lain. Gangguan yang dialami aku pada masa sekarang adalah sukar mengawal bahagian muka sebelah kiri , iaitu mata dan mulut. Kesan terhadap mata adalah , ianya tidak akan berkelip secara automatik serentak dengan kelipan mata kanan. Kesan daripada kegagalan ini adalah, mata kiri boleh menjadi kering dan jika dibiarkan boleh merosakkan kornea. Kesan kepada mulut pula adalah , kesukaran untuk makan dan juga minum. Ketika makan , kunyahan disebelah kiri terasa agak lemah , dan ketika minum pula , air yang diminum berkemungkinan meleleh keluar. Selain daripada itu , aku juga menghadapi kesukaran untuk bercakap dan juga senyum.
Tempoh untuk sembuh dari gangguan saraf ini tidak dapat dipastikan , dan boleh dikatakan ianya adalah satu masalah yang tidak dapat diketahui puncanya secara tepat , cara rawatan yang paling berkesan dan juga tempoh gangguan. Antara ubat yang dibekalkan oleh doktor di HUKM adalah Prednisolone (ubat ini tersangat pahit , dan aku terpaksa makan 6 biji sekaligus , nasib baiklah hanya sekali sehari) dan juga Artificial Tears (Ubat pelembab mata seperti eye-mo). Aku juga diberikan cuti selama 3 hari.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan , terutamanya isteri aku , Bro Sascha , Eyan , Puan Fiza dan juga rakan-rakan dikabin. Tidak lupa juga kepada ibu bapa mertua aku yang sanggup datang ke rumah semata-mata kerana risaukan kesihatan aku. Buat masa ini , aku masih tidak maklumkan keadaan aku kepada famili aku, disebabkan aku tidak mahu mereka berasa risau.
Terima kasih sekali lagi kepada Bro Sascha , disebabkan beliau sudi membawa aku ke HUKM , menemani aku berjam-jam lamanya , sempat membuat lawak Sly Stallone (Rambo) dan juga tolong carikan tandas. Jasamu ku kenang bro !
Selain daripada Bell's Palsy , aku juga sedang mengalami sakit gigi yang mana sangat mengganggu hidup aku ketika ini.
Maaf kepada semua team member e-Perhilitan kerana aku gagal menghadirkan diri ketika anda semua sedang bertungkus lumus. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.
Dicatat oleh nagakeciks di 4:40 PTG 4 ulasan
Label: Bell's Palsy
Compaq Presario V3000 (V3791TU)
Petang semalam aku dapat call dari adik ipar aku , dier ade problem install windows xp , setup x dapat detect hdisk.
Ini kali kedua aku denga problem camnih , so aku bleh agak , notebook adik ipar aku pakai hdisk SATA. Memang x lepas nak install XP on SATA.
Beberapa bulan yang lepas , adik ipar aku yang bongsu pun mintak tolong mende yang same , hasil google , rupenya nak kene patch install xp dengan driver SATA ... software yang digunakan nlite. So , setel problem.
Malam ,adik ipar aku call balik , kater dah berjaya install xp , guna cd xp yang aku dah patch...Tapi prob lain plak , sound xde , wireless x detect..so, dier kate nak datang umah ...
Penin gile nak carik driver model nih , walopun ade cd driver yang disertakan , install still x detect..Dalam pukul 2 pagi , aku berjaya gak akhirnya setelkan ethernet , sound ngan modem ... Sound & modem nye driver akan fail selagi x install UAA..Lepas tuh, aku tersadai kat sofa ruang tamu sampai kul 4...terjaga , cube godek balik wireless yang masih xleh install driver dier...Sangkut jugak , kat device manager , error Network Controller
Aku pun , give up...x larat dah...naik atas tido..Skali mimpi , aku berjaya setelkan problem semua & tido...Besh gile , x sabar tunggu pagi nak test...Bangun subuh , aku cube ingat balik...hampeh,mimpi rupernyer..
Kul 10 pagi,aku bangun balik ... cube godek untuk kali terakhir , sebelum wife aku balik klang...Cube install driver , yg malam tadi xde dalam list...Macam siut , terus success... Hampeh betul..
So , spertimana yang aku cakap ngan wife aku , berjaya atau tidak setup notebook adik ipar aku nih, aku retired dari bab-bab setup notebook nih,sbb bukan bidang aku , n aku x pandai pun...Adik ipar ada tanye kat wife aku ,"Tak susahkan apis ke" , wife aku cakap "Takpe,dier suke mende2 camnih"...hehe , memang suke pun...tapi aku akan kecewa kalo x dapat setel... So , nih notebook ketiga famili wife yg aku berjaya setelkan , memula notebook ayah mertua , notebook adik ipar bongsu , dan last sekali notebook adik ipar lelaki...Okies , aku retired :p
Dibawah nih,gambar setelah berjaya ...Lampu biru tuh tanda wireless ok , kalo x merah je dari malam tadi...

Dicatat oleh nagakeciks di 1:26 PTG 2 ulasan
Label: Compaq Presario V3000, V3791TU, XP SATA
Ingrid Michaelson
Okies ... fiza post pasal connie talbot , aku pun ade artis aku nak kenaikan jugak.
Sebenarnye , yan yang kenaikan aku ngan Ingrid nih , dengan lagu the way i am. Serius layan lagu nih...selayan the way i am nyanyian eminem.
Xde ape yang aku boleh ceritakan sangat... korang bleh gi dengar beberapa lagu dier kat website Ingrid
Breakable pun layan gak ... sesape nak full album , aku ade...
Oh ye , Ingrid jugak tersenarai dalam VH1, You oughta know , dan bagi korang yang follow grey's anatomy mungkin pernah dengar lagu-lagu Ingrid
The Way I Am
If you were falling, then I would catch you.
You need a light, I'd find a match.
Cuz I love the way you say good morning.
And you take me the way I am.
If you are chilly, here take my sweater.
Your head is aching, I'll make it better.
Cuz I love the way you call me baby.
And you take me the way I am.
I'd buy you Rogaine if you start losing all your hair.
Sew on patches to all you tear.
Cuz I love you more than I could ever promise.
And you take me the way I am.
You take me the way I am.
You take me the way I am.
Dicatat oleh nagakeciks di 10:56 PTG 0 ulasan
Label: Ingrid Michaelson
Matang ?
Matang adalah salah satu isu yang boleh menimbulkan ketegangan didalam satu-satu komuniti. Ini kerana dengan mempertikaikan kematangan seseorang kita seolah-olah mempertikaikan segala ilmu , pengalaman hidup yang dimiliki oleh individu tersebut dan dalam pada masa yang tertentu mempertikaikan kredibiliti seseorang dalam membuat keputusan.
Bagaimanakah kita mengukur kematangan seseorang ? Perlukah kita menilai kematangan seseorang?
Adakah wajar kita mengukur kematangan seseorang melalui cara beliau membawa diri dalam satu-satu komuniti ? Jawapannya , tidak. Ini kerana kita melihat seseorang itu melalui pandangan kita yang sempit berdasarkan penilaian kita sendiri. Kita perlu ingat , bukan semua yang dilakukan individu didalam komuniti mencerminkan dirinya yang sebenar. Kadang-kala tingkah laku ataupun keputusan adalah berdasarkan penyesuaian didalam komuniti tersebut. Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek.." Kita tidak boleh membawa perwatakan kita dirumah kedalam komuniti pekerjaan ataupun sebaliknya. Cara kita bergurau di pejabat , di rumah mahupun diwarung mamak ketika bersama-sama rakan sekerja diluar waktu pejabat mungkin berbeza. Masing-masing ada hak untuk membawa diri masing selagi tidak menganggu perjalanan hidup orang lain.
Kita juga tidak boleh melabelkan kebahagiaan hidup seseorang dengan tingkah lakunya yang ria , suka bergurau senda , tanpa kita sedari individu tersebut mempunyai tekanan hidup yang tidak dipaparkan setiap masa. Dengan cara menunjukkan wajah riang , bergurau senda , individu tersebut boleh melupakan seketika tekanan ataupun masalah yang dihadapi ketika berada didalam komuniti yang lain.
Siapakah yang memberi hak kepada individu untuk mempertikaikan kematangan orang lain ? Dengan mempertikaikan kematangan orang lain , individu tersebut secara tidak sedar menunjukkan bahawa dirinya sendiri tidak matang , dengan berasakan dirinya cukup sempurna untuk menilai orang lain dan juga tidak menjaga maruah individu yang dipertikaikan didalam komuniti.
Tuhan mencipta setiap manusia dimuka bumi dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing, tiada siapa yang sempurna. Hormati kelebihan dan terima kelemahan orang lain. Jangan kita terlalu suka menilai berdasarkan pengalaman hidup kita dan melupakan bahawa masing-masing juga ada pengalaman dalam menempuhi kehidupan.
Maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan rencana ini. Saya ini jauh dari sempurna malah penuh dengan keburukan. Saya tahu , saya suka menyakat orang disekeliling saya , yang mana bukanlah salah satu ciri asal diri saya yang sebenarnya. Saya pernah menjadi serius didalam hidup , dan hidup itu sangat membosankan dan penuh dengan kemarahan. Namun , saya tahu kadang-kala saya melampau batas lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua daripada saya. Oleh itu , maafkan saya. Esok lusa jika kita tidak lagi ketemu , kenanglah mulut saya yang jahat ini.
Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Dicatat oleh nagakeciks di 11:26 PTG 4 ulasan
Label: Bila Hafiz berbicara ...
