InsyAllah , blog kedua akan saya daftar tidak lama lagi.
Konsep (UI) blog kedua , sekadar perancangan seperti cermin kepada blog ini.
Isi kandungan yang spesifik kepada tajuk tertentu sahaja , masih perlu dirahsiakan.
Tunggu ...
Blog #2
Makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran
Sabtu , 16 hb 8 2008
Edaran akan menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-20 Edaran , di Hotel Hilton.
Perancangan asal , aku menarik diri dari menyertai majlis ini atas sebab-sebab tertentu.
Kelmarin , isteri menyatakan beliau ingin hadir ke majlis tersebut , dan aku tidak sepatutnya ketinggalan dalam salah satu perkara penting untuk edaran.
Akhirnya , aku dan isteri akan turut sama meraikan ulang tahun ke-20 Edaran. Fiza sudah pun mendapatkan pakaian yang "grand". Aku dan isteri baru hanya merancang , namun tidak tahu kemana harus dituju. Pakaian lelaki diwajibkan baju batik , seumur hidup aku hanya sehelai sahaja baju batik yang pernah aku miliki , itupun baju batik sekolah teknik.
Keluar duit lah lagi jawabnya...
Dicatat oleh nagakeciks di 4:19 PTG 1 ulasan
Label: Edaran Berhad
Debaran ...
Beberapa minit lagi, kami akan dipanggil ke board room, untuk findings CMMI.
Harap tidak banyak kesilapan / kekurangan.
Harap apa yang kami usahakan selama ini terutama sekali kak Zaida , membuahkan hasilnya.
Debaran ...
Selepas findings :
Alhamdulillah , jikalau diukur berdasarkan hasil findings , ianya agak menenangkan. Namun begitu , hari esok akan jadi penentu.
Keriangan sang badut
Tatkala badut-badut itu mula bersiul ,
aku berlagak menghayati irama
Tatkala badut-badut itu ketawa sinis ,
aku mencebik didalam senyuman
Dan tatkala badut-badut itu kepenatan dan jatuh ,
aku akan riang menari-nari
*Badut-badut , apesal ntah pukul 1.36 pagi , aku menulis pasal badut...
*Terkenang kepada filem IT kah aku ? Atau tertekan dek CMMI ?
*Atau aku sekadar meroyan sendiri ?
*Tettttttttttt ... blog ceq , suka hati ceq lah nak tuligh apa pun ...
CAPTCHA
A CAPTCHA is a type of challenge-response test used in computing to ensure that the response is not generated by a computer. The process involves one computer (a server) asking a user to complete a simple test which the computer is able to generate and grade. Because other computers are unable to solve the CAPTCHA, any user entering a correct solution is presumed to be human. A common type of CAPTCHA requires that the user type the letters or digits of a distorted image that appears on the screen.
Wiki - CAPTCHA
Serius , aku kurang suka dengan CAPTCHA. Rasa tidak suka ini disebabkan kekerapan aku gagal memasukkan kesinambungan yang betul setiap kali berhadapan dengan CAPTCHA.
Banyak website direct download , contohnya RapidShare memerlukan pengguna memasukkan kombinasi aksara dengan menggunakan teknik CAPTCHA. Berbanding dengan CAPTCHA di website lain , kombinasi yang digunakan RapidShare agak menyakitkan hati , kerana selain daripada memasukkan aksara yang betul , pengguna juga dimestikan untuk memilih aksara yang mempunyai imej kucing sahaja (imej yang tidak harus dipilih , adalah anjing. Kenapa tidak gunakan gajah ?, lebih senang untuk dibezakan).
Nasib baik , RapidShare sudah mengabaikan teknik ini , begitu juga blog Puan Fiza setelah menerima aduan beberapa kali daripada seorang rakan (yang mengikut khabar angin , agak kacak) yang tertekan disebabkan kerap gagal apabila berhadapan dengan CAPTCHA.
Entah apa masalah aku dengan CAPTCHA , aku sendiri kurang pasti. Kadangkala , aksara yang telah dicacatkan tidak dapat diproses oleh otak aku. Mungkin disebabkan aku kurang biasa dengan perkara-perkara pelik (Roti pisang , Jus Karet , Jus Karet campur susu , Coke campur susu , Roti Tisu dan juga "Bakso satu , tapi nak mi jernih" :p



