Ini adalah salah satu design kasut Adidas Superstar
Saya memang dah lama berkenan dengan kebanyakkan kasut-kasut Superstar , walaupun hanya tema warna dan corak berbeza.
Setakat ini, saya pernah memiliki 3 (2 dah rosak , 1 kena curi) pasang Adidas Superstar , dan ketiga-tiga ini adalah hadiah dari awek , tunang , isteri dan kini ibu kepada anak-anak saya.
Image Source : http://www.trainerstation.com/images/adidas_superstar_tl_bg_med.jpg
Adidas Superstar
Dicatat oleh nagakeciks di 9:00 PTG 3 ulasan
Label: Adidas Superstar
Me&Wife@Edaran's 20th Anniversary Dinner
Picture taken by Eyan Hazlena
Baju Batik sponsored by Sascha
Interframed by Fiza
Dicatat oleh nagakeciks di 9:47 PTG 1 ulasan
Label: Edaran Berhad
Mojilah Pepok ...Sekiranya anda menggunakan Firefox , sila tekan CTRL+A
Saya dimaklumkan oleh seorang rakan , Wahyudi berkenaan masalah paparan blog ini pada pelayar Mozilla Firefox.
Semua post hanya akan kelihatan sekiranya dihighlight. Masalah ini berkaitan dengan template CSS yang saya gunakan.
Masalah ini akan saya cuba selesaikan dalam tempoh beberapa hari lagi , disebabkan saya agak sibuk pada masa kini.
Buat sementara waktu atau lebih baik selamanya , apa kata anda semua menggunakan pelayar Internet Explorer 7 , yang mana adalah pelayar pilihan #1 saya (walaupun terdapat banyak masalah yang menyakitkan hati)
Update : Masalah telah diselesaikan , cuma kelihatan agak buruk pada paparan Mozila.
Update : Penyelesaian dibuang kerana kelihatan tidak cantik :p , gunalah IE 7
Update : Ok , saya dah betulkan semula . Maaf buat pengguna Mozilla
Dicatat oleh nagakeciks di 1:31 PTG 3 ulasan
Label: Mojilah Pepok
Sambutan Ulang Tahun ke-20 Edaran
Malam tadi berlangsungnya sambutan ulang tahun ke-20 Edaran Berhad. Saya dan isteri sampai agak lambat disebabkan terlepas simpang ke Hotel Hilton.
Ketika sampai , majlis sudah pun bermula dimana pada ketika itu Tan Sri Dato' Tajudin Ramli sedang memberikan ucapan.
Majlis yang agak meriah , kami semua dihiburkan oleh Noryn Aziz sambil menikmati juadah yang dihidangkan.
Pengendali majlis pula pelawak yang terkenal dalam sitkom santan berlada , yang selalu bergandingan dengan Ali Mamak.
Selepas perut diisi , kami dihiburkan pula Raja Lawak musim ke-2 , Nabil. Walaupun ada bahan jenaka recycle , setiap tetamu tidak kering gusi dibuatnya.
Persembahan yang terakhir pula oleh penyanyi tersohor (yang juga suka dipeluk :p) , Anuar Zain. Memang tidak boleh dinafikan persembahan Anuar Zain mantap dan ada kelas tersendiri.
Selain daripada itu , beberapa staf Edaran juga menerima anugerah diatas kesetiaan mereka kepada Edaran yang mana ada antara mereka yang sudah berkhidmat antara 10 , 15 dan juga 20 tahun. Malam tadi juga boleh dikatakan malam meraikan abang Azwan , yang mana menerima anugerah staf setia dan juga staf cemerlang. Tahniah.
Kepada Edaran Berhad , saya selaku individu dan juga staf Edaran mengucapkan tahniah dan berasa bertuah kerana dapat berkhidmat untuk Edaran. Semoga Edaran Berhad akan bertambah maju , dan staf-staf yang ada akan terus setia menyokong Edaran.
Tahniah
P/S : Ketika ingin pulang , saya dan isteri bertembung dengan Papa Rock , Ramli Sarip. Kami juga berkongi lif yang sama. Rasa dihati ingin menegur , tetapi segan pula terasa.
Dicatat oleh nagakeciks di 1:23 PTG 4 ulasan
Label: Edaran Berhad
Eusuf , buai & bantal
Kibarkan Jalur Gemilang
Setelah saya membaca sajak , menonton klip sedutan filem Bukit Kepong dari pautan Blog Hisham Jabar , rasa tidak sabar pula untuk mengibarkan Jalur Gemilang.
InsyAllah , seperti tahun-tahun sebelum ini , saya akan mengibarkan Jalur Gemilang pada motor saya.
Kepada anda semua yang membaca post ini , kibarkanlah Jalur Gemilang selagi kita mampu mengibarnya. Sekurang-kurangnya sempena bulan kemerdekaan. Tiada siapa yang dapat menjamin kemerdekaan negara yang tercinta ini akan terus kekal hingga ke generasi berikutnya.
Seruan saya , bagi mereka-mereka yang tidak menyertai sambutan 12 malam Hari Merdeka nanti (perlukah hari bersejarah ini disambut dengan countdown , teriakan di Dataran Merdeka ?) , sama-samalah kita menanti dihadapan televisyen , berdiri dengan megah untuk menyanyikan lagu Negaraku. Tahun lepas , saya menyanyikan lagu Negaraku , ditemani anak pertama saya , Adam Zulkarnain. Alhamdulillah , tahun ini ditemani Adam dan juga adik, Eusuf Iskandar.
Bagi generasi pasca merdeka termasuklah saya , tontonlah filem Bukit Kepong , Lt Adnan ataupun Sarjan Hassan , sekurang-kurangnya dapatlah sedikit bayangan dan peringatan untuk kita semua , keperitan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang tanah air.
Terdapat segelintir individu yang kini mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik , sebagai tanda protes. Pada saya , janganlah diperlakukan Jalur Gemilang sedemikian rupa , carilah jalan yang lain untuk meluahkan protes anda. Pada zaman peperangan dahulu , ada askar yang akan membawa panji / bendera. Dan askar ini akan sedaya upaya mempertahankan panji / bendera supaya tidak jatuh ataupun dirampas musuh.
Al-Fatihah bagi mereka yang gugur untuk kebangkitan kita hari ini.
Dicatat oleh nagakeciks di 11:18 PTG 1 ulasan
Label: Jalur Gemilang, Merdeka 51

